Insentif Kerajaan FREE RM1000 sekarang! FREE RM1000 ! Wow! Whatsapp 0134555888 sekarang!

Cara Pengeluaran Skim Persaraan Pencen Swasta PRS Anda dengan Mudah

Caruman atau Contribution

 Persendirian

Mana-mana individu yang telah mencapai umur 18 tahun pada tarikh pembukaan akaun pencen swasta boleh mencarum ke dalam mana-mana dana di bawah PRS. PRS ditawarkan kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia.

Caruman kepada dana di bawah PRS akan diselenggarakan dalam dua sub-akaun yang berasingan oleh Penyedia PRS seperti berikut:

pencen swasta PRS
kadar pengeluaran pencen swasta PRS

ciri-ciri skim persaraan swasta

70% di Sub-akaun A, di mana pengeluaran pra-persaraan tidak boleh dibuat; dan
30% di Sub-akaun B, pengeluaran pra-persaraan dibenarkan, namun ianya tertakluk kepada cukai penalti 8% ke atas setiap jumlah pengeluaran.

Individu yang mempunyai pilihan sama ada untuk mencarum kepada lebih daripada satu dana di bawah Skim PRS atau mencarum kepada lebih daripada satu Skim PRS, yang ditawarkan oleh Penyedia PRS yang berbeza.

Memandangkan PRS adalah skim sukarela, PRS tidak ada sebarang had pada jumlah caruman atau jangka masa untuk membuat sebarang caruman. Setiap individu boleh mencarum sebanyak dan sekerap mana yang disukai, malahan caruman secara konsisten sangat digalakkan bagi mencapai matlamat persaraan yang diinginkan.

Pengeluaran atau Withdrawal

Permohonan pengeluaran boleh dibuat sekiranya berlaku salah satu dari keadaan berikut:

  • Sebelum ahli mencapai umur persaraan (had terkini 55 tahun*), pengeluaran penuh/sebahagian boleh dibuat;
  • Kematian ahli, hanya pengeluaran penuh sahaja yang dibenarkan;
  • Penghijrahan secara kekal ke negara lain, pengeluaran penuh sahaja yang dibenarkan; dan
  • Apabila ahli mencapai had umur persaraan, pengeluaran dari Sub-akaun B boleh dibuat secara penuh/sebahagian.

Berikut tidak dianggap sebagai pengeluaran dari Skim:

  •     Pelaksanaan hak bertenang;
  •     Pengeluaran / Penebusan bagi tujuan pemindahan kepada skim Penyedia PRS yang lain;
  •     Penukaran unit dana kepada dana Skim yang lain.


(Nota*: Ahli akan dimaklumkan jika terdapat sebarang pindaan ke atas had umur terkini)

Merujuk kepada pengeluaran pra-persaraan, ahli hanya boleh membuat pengeluaran melalui sub-akaun B daripada setiap Penyedia PRS sekali setahun. Bagi pengeluaran pertama, anda hanya layak memohon selepas satu tahun caruman pertama dibuat di mana-mana dana bawah Skim PRS (sama ada caruman dibuat melalui majikan atau sendiri). Walaupun anda bebas untuk membuat pengeluaran tersebut, namun begitu Penyedia PRS akan mengenakan cukai penalti 8% bagi setiap pengeluaran yang dibuat sebelum wang tersebut dikreditkan ke akaun anda.

Tiada bayaran penalti cukai dikenakan bagi pengeluaran selepas umur persaraan 55 tahun. Walaupun sekiranya ahli PRS masih bekerja pada umur tersebut, mereka tetap dianggap sebagai telah mencapai umur persaraan. Oleh itu, pengeluaran bagi tujuan persaraan dibenarkan tanpa sebarang bayaran penalti.

Walaupun ahli dibenarkan pengeluaran sekaligus dibenarkan, adalah disyorkan bahawa setiap ahli mengekalkan simpanan mereka bagi pelaburan yang berterusan di bawah Skim PRS masing-masing.


Dokumentasi Pengeluaran

Selain pengeluaran yang disebabkan kematian atau penghijrahan secara kekal, tiada sebarang sebab dan dokumen diperlukan bagi membuat urusan pengeluaran pra-persaraan.

Penghijrahan secara Kekal (penyerahan semula permit kerja atau taraf kerakyatan Malaysia)

  •     Nama Penuh, nombor kad pengenalan, nombor akaun PPA; dan
  •     Surat Penolakan Warganegara Malaysia (Borang K/ Borang Y); atau
  •     Surat Penyerahan Kad Pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); atau
  •    Surat Penyerahan Kad Pengenalan daripada Kedutaan Malaysia / Suruhanjaya Tinggi Malaysia / Konsulat Malaysia di luar negara


Pengeluaran bagi Ekspatriat dan Pekerja Asing

  •     Bukti perletakan jawatan
  •     Nama Penuh, nombor pasport, nombor akaun PPA; dan
  •     Surat perletakan jawatan/ penamatan perkhidmatan daripada majikan; atau
  •     Penyata pelepasan cukai pendapatan; atau
  •     Pembatalan permit kerja


Pengeluaran bagi bukan warganegara Malaysia yang tidak bekerja


  •     Nama Penuh, nombor pasport, nombor akaun PPA; dan
  •     Bukti pembatalan pas lawatan sosial jangka panjang


Kematian Ahli


  •     Salinan kad pengenalan ahli/pasport yang menunjukkan namanya yang penuh dan jelas serta nombor kad pengenalan/pasport;
  •     Salinan dokumen yang menunjukkan nombor akaun PPA;
  •     Sijil asal dan salinan Sijil Kematian;
  •     Sijil asal dan salinan Surat Pentadbiran/Probet/Sijil Faraid;
  •     Salinan kad pengenalan Pelaksana wasiat/Pentadbir;
  •     Salinan Borang Pengeluaran Pembekal ini; dan
  •     Salinan/akaun bank pentadbir/pelaksaan


Salinan dokumen-dokumen sokongan yang disenaraikan di atas hendaklah dihantar oleh Penyedia PRS ke PPA melalui pos/e-mel untuk mendapatkan kebenaran.

Pembayaran kepada pemegang amanah, pelaksana wasiat atau pentadbir ahli PRS si mati perlu mendapat kebenaran PPA sebelum ianya diproses. Penyedia PRS perlu membayar pemegang amanah, pelaksana wasiat atau pentadbir ahli PRS si mati dalam tempoh 10 hari selepas mendapat kebenaran PPA.

Jika si mati mempunyai akaun PRS lebih daripada satu (1), PPA akan:

(i) Memberi maklumat kepada Penyedia yang lain mengenai status ahli yang telah mati. Ini bagi memastikan tiada arahan daripada pihak ketiga kepada Penyedia PRS.

(ii) Memaklumkan pelaksana wasiat atau pentadbir harta pusaka si mati sekiranya si mati ada mempunyai akaun dengan Penyedia yang lain.



(Nota: Sekiranya berlaku kematian, wang PRS akan dikembalikan kepada waris si mati untuk diagihkan mengikut arahan daripada mahkamah.)





Jika Anda SERIUS nak mulakan Tabung Dana Persaraan  anda(Skim Persaraan Swasta),
KLIK SEGERA Link Whatsapp melalui view telefon <DIRECT WHATSAPP FAIRUZRAMLI>

 
Untuk lebih Tips Terkini, Sila LIKE Page FB Saya https://www.facebook.com/skimpersaraanswasta


* Semua maklumat dan kiraan adalah ilustrasi semata-mata dari saya dan tidak mewakili mana-mana bank. Anda dinasihatkan menggunakan maklumat di atas sebagai panduan am sahaja. Maklumat seperti caj-caj, capital gain, NAV, dividen, compounding, dan lain-lain, adalah anggaran sahaja. Sila hubungi bank pilihan anda untuk maklumat tepat. Anda dilarang menyalin atau menyebarkan maklumat dari tulisan saya dalam apa-apa juga bentuk.




·                     Apakah PRS atau Skim Persaraan Pencen Swasta Malaysia
·                     Berapa Jumlah Caruman Skim Persaraan Pencen Swasta PRS Malaysia
·                     Cara Memohon Skim Persaraan Pencen Swasta PRS Malaysia
·                     FAQ Soalan Lazim Mengenai PRS Skim Persaraan Pencen Swasta
·                     Kebaikan Skim Persaraan Pencen Swasta PRS Untuk Hari Tua Anda
·                     Kenapa Pilih Kami untuk Skim Persaraan Pencen Swasta PRS Anda
·                     Private Retirement Scheme Malaysia PRS The Best
·                     Sebab yang Mendesak Perlunya Private Retirement Scheme PRS
·                     Siapa Patut Join Mohon Carum Masuk PRS ?
·                     Teknik Switching Dana dalam Skim Persaraan Pencen Swasta PRS


Link Pelaburan Lain Jika Anda Berminat:
        
ü          Pelaburan ASB Terbaik
ü          Pelaburan Unit Trust Terbaik



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Private Retirement Scheme PRS Terbaik Designed by azhafizah.com